Sunday, March 2, 2014

Visit Malaysia Year 2014 - Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula

,



Hutan Paya Bakau Matang adalah ekosistem paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Ekologi yang menjadi habitat bakau merentasi sepanjang kawasan berlumpur pantai barat di utara Perak sejauh hampir 50km ditambah pula sejauh 40km garisan pantai bagi sistem sungai yang terlindung dalam lingkungan 5 rizab muara sungai.

Semasa musim penghijrahan di antara bulan Ogos dan April setiap tahun, dianggarkan lebih daripada 200,000 burung-burung hijrah yang terdiri daripada kira-kira 50 spesies akan singgah di sini.

Terdapat juga pusat pelawat yang serba lengkap dan bermaklumat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan yang terperinci serta paparan yang memfokuskan tentang kepentingan melindungi dan memelihara ekosistem paya bakau serta sejumlah besar spesies burung-burung yang menetap disini dan juga burung-burung hijrah.



0 comments to “Visit Malaysia Year 2014 - Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COME VISIT MALAYSIA 2014 Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger